Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas serang dan cederakan 2 pegawai polis di Clementi

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas serang dan cederakan 2 pegawai polis di Clementi

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 18 Dec 2024 08:32AM Dikemas Kini : 18 Dec 2024 08:34AM
SINGAPURA: Seorang lelaki 33 tahun diberkas pada Isnin (16 Dis) kerana menyerang dan mencederakan dua pegawai polis selepas ditemui memiliki dadah.

Pada Isnin, kira-kira pukul 12.50 tengah hari, pegawai polis melihat seorang lelaki ketika membuat rondaan antijenayah di Clementi Avenue 3, lalu melakukan pemeriksaan ke atasnya, menurut polis dalam kenyataan media pada Selasa (17 Dis).

Lelaki tersebut ditemui dengan dadah terkawal, alat berkaitan dadah, sepasang gunting, dan telefon bimbit bukan miliknya.

Dia enggan memberi kerjasama dan menjadi agresif, tambah polis.

Semasa dia diberkas, lelaki itu menumbuk dan menendang dua pegawai. Dia juga meludah seorang lagi pegawai polis selepas diberkas.

Seorang pegawai 23 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka dan dadanya, manakala seorang lagi pegawai 24 tahun mengalami kecederaan di muka, dada dan lengan.

"Kedua-dua pegawai diberi cuti sakit selama tiga hari."

Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada Rabu (18 Dis) atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela untuk menghalang kakitangan awam menjalankan tugasnya dan satu tuduhan menggunakan kuasa menghalang kakitangan awam menjalankan tugasnya.

Jika sabit kesalahan atas kesalahan pertama, dia berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau sebatan rotan. Bagi kesalahan kedua, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Lelaki tersebut juga disiasat memiliki senjata dan memliki harta benda secara tidak sah, tambah polis.

Bagi kesalahan memiliki senjata, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan sebatan rotan tidak kurang daripada enam sebatan.

Jika didapati bersalah memiliki harta benda secara tidak sah, dia berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga S$3,000, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) terhadap kesalahan berkaitan dadah sedang dijalankan.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan