Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas selepas pekerja binaan maut dilanggar lori sampah di tapak binaan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas selepas pekerja binaan maut dilanggar lori sampah di tapak binaan

Para pekerja di tapak pembinaan. (Gambar fail: REUTERS/Raheb Homavandi/TIMA)

SINGAPURA: Seorang lelaki pekerja binaan maut pada Rabu (28 Ogos) selepas dia dilanggar lori sampah yang sedang mengundur di sebuah tapak binaan.

Kejadian berlaku di persimpangan Tanah Merah Coast Road dan tapak pembangunan Changi East.

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (30 Ogos).

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kejadian pada Rabu, kira-kira pukul 6.00 petang. Pekerja pembinaan tersebut, seorang warga China, disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

Seorang lelaki 36 tahun diberkas kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan terburu-buru atau cuai, menurut polis.

Siasatan sedang dijalankan.

Pekerja pembinaan itu merupakan kakitangan Hua Hao Development, manakala penghuni tapak binaan tersebut adalah Huationg Contractor, kata seorang jurucakap MOM ketika menjawab soalan Mediacorp pada Jumaat.

Menurut jurucakap itu, MOM juga sedang menjalankan siasatan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan