Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas selepas pecah masuk kedai di Toa Payoh, cetus kebakaran, curi lebih S$60,000

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas selepas pecah masuk kedai di Toa Payoh, cetus kebakaran, curi lebih S$60,000

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 32 tahun diberkas kerana dipercayai memecah masuk ke dalam sebuah kedai pinjaman wang di Toa Payoh, sebelum mencetuskan kebakaran dan mencuri wang lebih S$60,000.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Rabu (24 Mei) atas kesalahan pecah masuk dan mencuri, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Dia juga akan didakwa atas kesalahan melakukan perbuatan nakal dengan mencetuskan kebakaran, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kebakaran di kedai tersebut sekitar pukul 6.30 pagi pada Isnin (22 Mei).

Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, kakitangan kedai tersebut mendapati wang tunai berjumlah lebih S$60,000 sudah lesap daripada sebuah peti keselamatan di dalam kedai berkenaan.

Mediacorp difahamkan bahawa kedai tersebut adalah IP Credit, sebuah kedai pinjaman wang berlesen yang terletak di Blok 185 Toa Payoh Central.

Melalui soal siasat dan dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup serta kamera polis, para pegawai daripada Divisyen Polis Tanglin dapat mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya dekat Victoria Street pada hari yang sama.

Wang tunai berjumlah S$16,700 ditemui pada lelaki berkenaan dan dirampas sebagai bukti kes.
Sumber : Today/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan