Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas selepas guli lastik dipercayai rosakkan tingkap flat Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas selepas guli lastik dipercayai rosakkan tingkap flat Woodlands

Kerosakan pada tingkap unit kediaman di Woodlands Ring Road. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 02 Aug 2026 09:43AM Dikemas Kini : 02 Aug 2026 10:42AM
  • Seorang lelaki berusia 56 tahun diberkas polis selepas melastik guli ke arah burung di Woodlands, menyebabkan kerosakan pada tingkap flat.
  • Insiden berlaku di Blok 646 Woodlands Ring Road, dengan aduan diterima pada 28 Julai dan tangkapan dibuat pada 1 Ogos.
  • Polis merampas lastik, guli dan batu kecil sebagai bahan bukti, dan lelaki itu akan didakwa atas perbuatan melulu di mahkamah.
  • Pihak polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang membahayakan keselamatan awam atau merosakkan harta benda.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun diberkas pada Sabtu (1 Ogos) selepas melastik guli ke arah burung, dengan salah satu guli itu dipercayai merosakkan tingkap sebuah flat di Woodlands.

Polis menerima aduan pada Selasa (28 Jul) mengenai tingkap bilik tidur yang mengalami kerosakan di Blok 646 Woodlands Ring Road.

Menurut kenyataan polis pada Ahad, kerosakan itu dipercayai berpunca daripada hentaman satu objek.

Pegawai polis mengenal pasti identiti lelaki itu menerusi siasatan di lapangan sebelum memberkasnya pada Sabtu.

"Sebuah lastik, pelbagai jenis guli dan batu kecil dirampas sebagai bahan bukti kes," menurut polis.

Siasatan mendapati lelaki itu dipercayai menggunakan lastik untuk melepaskan guli ke arah sekawan burung di Woodlands Ring Road dan salah satu guli itu dipercayai terkena serta merosakkan tingkap sebuah unit kediaman.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin atas tuduhan melakukan perbuatan melulu.
Related article image
Siasatan mendedahkan bahawa lelaki itu menggunakan lastik untuk melepaskan guli ke arah sekawan burung di Woodlands Ring Road. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya sekali.

Polis menyatakan pihaknya memandang serius perbuatan berbahaya sedemikian dan akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan mereka yang membahayakan keselamatan orang lain serta merosakkan harta benda.

Polis menambah, pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita