Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas selepas 4kg Ice bernilai S$500,000 ditemui pada patung hiasan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas selepas 4kg Ice bernilai S$500,000 ditemui pada patung hiasan

Dua patung singa hiasan itu ditemui dalam bungkusan yang dirampas dalam operasi CNB pada 16 Jun 2024. (Gambar: CNB)

SINGAPURA: Dadah Ice seberat 4.15 kilogram secara keseluruhannya dirampas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) semasa satu operasi dilancarkan di kawasan Changi South.

Dadah itu, yang dianggarkan bernilai S$500,000 disembunyikan dalam struktur asas dua patung hiasan.

Seorang "warga asing" berusia 25 tahun juga diberkas kerana disyaki mengedar dadah, menurut CNB dalam kenyataan medianya pada Khamis (18 Jul) tanpa memperincikan kerakyatan individu itu.

Menurut CNB, pihaknya telah bertukar-tukar maklumat risikan dengan Biro Narkotik Polis Hong Kong (HKNB) pada tengah hari Selasa, yang membawa kepada penangkapan individu berusia 25 tahun itu pada hari yang sama.

Dia diberkas di kawasan Changi South selepas meletakkan bungkusan di sebuah gudang pengangkutan udara berdekatan.

Pakej itu dirampas dan didapati mengandungi dua patung singa hiasan. Ice, yang juga dikenali sebagai methamphetamine, ditemui disembunyikan dalam struktur asas objek-objek berkenaan.
Bungkusun, yang ditemui disembunyikan dalam struktur asas dua patung singa hiasan, bernilai kira-kira 4kg Ice. (Gambar: CNB)
Timbalan Pengarah CNB, Penolong Kanan Pesuruhjaya Leon Chan menzahirkan penghargaannya kepada HKN.

Siasatan terhadap kegiatan dadah suspek masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih 250 gram methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan