Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas masukkan wang kertas palsu S$10,000 dalam akaun bank

Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas pada Jumaat (18 Okt) setelah dia disyaki menggunakan wang kertas Siri Potret S$10,000 palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas masukkan wang kertas palsu S$10,000 dalam akaun bank

(Gambar: MAS)

Diterbitkan : 19 Oct 2019 08:40AM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 08:44AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas pada Jumaat (18 Okt) setelah dia disyaki menggunakan wang kertas Siri Potret S$10,000 palsu.

Pihak polis menerima laporan pada Khamis bahawa wang kertas palsu S$10,000 itu dikemukakan di sebuah bank di Singapura.

Lelaki itu memasukkan wang kertas itu ke dalam akaun banknya dengan kredit nilai sama, kata polis.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu menerima wang kertas palsu itu daripada seorang lelaki warga asing yang mendapatkan bantuannya untuk memasukkan wang kertas itu, sebagai pertukaran untuk wang ganjaran," menurut polis dalam satu kenyataan media.

Lelaki itu akan didakwa pada Sabtu kerana menggunakan wang kertas palsu sebagai tulen.

Dia akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Menurut polis, orang awam mesti berwaspada menerima wang kertas palsu. Sekiranya mereka menerima wang kertas palsu, mereka sepatutnya cuba melengahkan individu itu dan jika boleh, menelefon 999.

Orang ramai patut mengecam wajah individu itu, dan plat nombor sebarang kenderaan yang digunakannya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita