Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas lakukan penipuan berkenaan produk-produk Dyson

Seorang lelaki berusia 25 tahun diberkas pada Selasa (7 Mac) kerana didakwa menipu para pelanggan membayar bagi produk-produk Dyson di wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas lakukan penipuan berkenaan produk-produk Dyson

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 May 2019 10:55PM Dikemas Kini : 08 May 2019 11:13PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun diberkas pada Selasa (7 Mac) kerana didakwa menipu para pelanggan membayar bagi produk-produk Dyson di wadah online.

Menurut pihak polis, mereka menerima beberapa aduan pada Mac dan April daripada para mangsa yang menghubungi seorang penjual yang menawarkan alat dandan rambut "Dyson Airwrap" dan vakum Dyson Cyclone di Carousell.

Penjual itu tidak dapat dihubungi setelah para mangsa membuat bayaran menerusi pemindahan bank.

"Dia dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes penipuan e-dagang berjumlah lebih S$5,700," menurut polis dalam satu kenyataan media.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis (9 Mei) atas tuduhan menipu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Polis juga menasihati orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila membeli-belah di wadah online. Para pelanggan digalak untuk bertegas membayar menerusi tunai apabila barang tersebut tiba, terutamanya jika mereka melanggani iklan online.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita