Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas kerana ugut PM Lee di Facebook selepas mantan PM Jepun Shinzo Abe ditembak

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2022 11:04AM Dikemas Kini : 09 Jul 2022 10:09PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 45 tahun diberkas pada Jumaat (8 Jul) kerana disyaki terlibat dalam menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 

Menurut polis, pihaknya menerima aduan sekitar 3.10 petang pada Jumaat (8 Jul) mengenai ugutan yang menghasut keganasan terhadap PM Lee. 

Ancaman itu dikesan dalam ruangan komen Facebook CNA mengenai catatan berhubung penembakan mantan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. 

Menerusi siasatan susulan yang dijalankan, para pegawai dari Divisyen Central Polis berjaya mengenal pasti identiti pengguna Facebook tersebut. 

Lelaki itu diberkas dalam masa lima jam setelah aduan dibuat, menurut polis, sambil menambah bahawa komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit sudah disita. 

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sesiapa saja yang disabitkan dengan kesalahan membuat atau menyampaikan sebarang rekod elektronik yang mengandungi sebarang hasutan kepada keganasan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali. 

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan yang menghasut keganasan di Singapura."

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan