Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas kerana terlibat dalam rompakan bersenjata libat wang tunai S$100,000

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap kerana disyaki cuba merompak wang tunai S$100,000 daripada mangsa dan menyebabkan kecederaan semasa berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas kerana terlibat dalam rompakan bersenjata libat wang tunai S$100,000

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Jul 2021 02:59PM Dikemas Kini : 17 Jul 2021 03:17PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap kerana disyaki cuba merompak wang tunai S$100,000 daripada mangsa dan menyebabkan kecederaan semasa berbuat demikian.

Polis pada Jumaat (16 Jul) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang satu kes rompakan di Gerald Drive di kawasan Buangkok pada 13 Julai.

Siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa telah menghubungi seseorang yang mendakwa sebagai penjual jam tangan mewah dalam satu pasaran online.

Atas arahan penjual, mangsa menunggu di Gerald Drive. Pemuda berusia 20 tahun itu kemudian mendekati mangsa dan didakwa cuba merompak wang tunai berjumlah S$100,000.

"Lelaki itu didakwa bersenjatakan pisau dan dalam proses rompakan itu, mangsa melawannya dan mengalami luka di bahagian kiri mukanya," kata polis dalam kenyataan media.

Lelaki itu melarikan diri tanpa mengambil sebarang barang berharga mangsa dan mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan sudah dibenarkan pulang.

Hasil siasatan di lapangan dan dengan bantuan gambar dari polis dan rakaman kamera litar tertutup, pegawai dari Divisyen Ang Mo Kio berjaya mengenal pasti lelaki itu dan menangkapnya pada 15 Jul.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas rompakan bersenjata dengan menyebabkan kecederaan.

Sekiranya sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dan tidak kurang daripada 12 kali sebatan.

Polis juga menasihati orang ramai agar tidak membawa wang tunai yang banyak bersama mereka di khalayak ramai.

"Jika berdepan dengan rompakan, orang awam harus kekal tenang, perhatikan penampilan fizikal dan ciri khas pelaku, dan menghubungi polis secepat mungkin," tambah polis.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita