Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas kerana sebabkan gangguan awam; didakwa tidak pakai pelitup di Sentosa

Seorang lelaki berusia 48 tahun diberkas kerana enggan memakai pelitup di sebuah bar di Siloso Beach Walk di Sentosa meskipun dinasihati oleh para kakitangan dan menunding jari tengahnya apabila dihampiri oleh duta jarak selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas kerana sebabkan gangguan awam; didakwa tidak pakai pelitup di Sentosa

Seorang pegawai polis memberkas seorang suspek. (Gambar fail: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 11:34AM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 11:36AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 48 tahun diberkas kerana enggan memakai pelitup di sebuah bar di Siloso Beach Walk di Sentosa meskipun dinasihati oleh para kakitangan dan menunding jari tengahnya apabila dihampiri oleh duta jarak selamat.

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu (13 Mac), pihak polis menyatakan bahawa mereka diberitahu mengenai kes itu pada Khamis pada sekitar pukul 7.50 malam.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Sabtu. Jika didapati bersalah menyebabkan gangguan awam, dia berdepan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya.

Selain itu, kerana menunjukkan tingkah laku penganiayaan terhadap duta jarak selamat itu, dia mungkin dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya.

Dia juga berdepan hukuman sama jika didapati bersalah melanggar peraturan COVID-19 iaitu gagal memakai pelitup di tempat awam, dengan denda lebih berat iaitu maksimum S$10,000.

Pihak polis memberi amaran bahawa pihaknya memandang serius penganiayaan terhadap duta jarak selamat. Lelaki itu juga enggan mematuhi peraturan apabila duta jarak selamat itu menasihatinya untuk memakai pelitup.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan