Lelaki diberkas kerana import barangan tiruan bernilai lebih S$520,000
Seorang remaja berusia 21 tahun diberkas kerana dipercayai mengimport beg, dompet dan jam tangan tiruan bernilai lebih S$520,000 untuk dijual.

Lelaki 21 tahun diberkas kerana dipercayai mengimport lebih barangan bernilai lebih S$520,000. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 21 tahun diberkas kerana dipercayai mengimport beg, dompet dan jam tangan tiruan bernilai lebih S$520,000 untuk dijual.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura dan Kastam Singapura dalam kenyataan bersamanya yang dikeluarkan hari ini (15 Okt).
Sekitar dua minggu lalu, pada 4 dan 5 Okt, Kastam Singapura memeriksa dua konsainan di sebuah gudang yang terletak di Woodlands Industrial Park dan menemui beg-beg yang disyaki palsu.
Ia menahan barang-barang tersebut selepas pemilik jenama mengesahkan bahawa beg-beg itu palsu.

(Gambar-gambar: SPF)
Sekitar seminggu kemudian, para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Kastam Singapura menyerbu sebuah syarikat logistik di Woodlands Industrial Park, dan merampas lebih 800 beg tiruan.
Suspek kemudian diberkas dalam satu operasi susulan yang dilancarkan di Compassvale Street, dan lebih 4,000 beg, dompet dan jam tangan tiruan dirampas dari rumahnya.

Siasatan awal menunjukkan lelaki berkenaan menjual beg palsu di pelbagai platform online.
Mereka yang didapati bersalah mengimport, memiliki atau mengagih-agihkan barang-barangan yang menggunakan tanda dagangan palsu boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya.
Siasatan masih dijalankan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.