Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas kerana hayun pedang ke arah orang awam, kereta di Buangkok

Seorang lelaki diberkas atas ugutan jenayah dan memiliki senjata berbahaya setelah dia dipercayai menghayunkan pedang ke arah beberapa orang awam di Buangkok, menurut polis pada Isnin (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Mar 2022 04:56PM Dikemas Kini : 14 Mar 2022 10:29PM

SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas atas ugutan jenayah dan memiliki senjata berbahaya setelah dia dipercayai menghayunkan pedang ke arah beberapa orang awam di Buangkok, menurut polis pada Isnin (14 Mac).

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 2.00 petang tadi selepas seorang lelaki kelihatan menghunus pedang di sekitar Buangkok Square.

Lelaki itu dipercayai menghayunkan pedang ke arah beberapa orang awam, dengan dua daripada mereka mengalami cedera ringan. Sekurang-kurangnya tiga kereta turut mengalami kerosakan, menurut polis.

Lelaki itu ditahan oleh lima orang awam sebelum dia diberkas oleh para pegawai polis.

"Lelaki itu kemudian diberkas atas ugutan jenayah dan memiliki senjata berbahaya," menurut polis.

Pedang itu turut dirampas sebagai bahan bukti. Menurut polis, siasatan sedang dijalankan.

Rakaman video yang tular online menunjukkan seorang lelaki sedang menghayunkan pedang ke arah beberapa orang awam dan kereta-kereta yang berada di lokasi tersebut.

Sesiapa didapati bersalah kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan dirotan tidak kurang daripada enam sebatan.

Atas kesalahan melakukan ugutan jenayah, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita