Lelaki diberkas kerana disyaki lakukan kesalahan menipu libatkan lebih S$2 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas kerana disyaki terbabit dalam satu siri kes penipuan melibatkan wang berjumlah lebih daripada S$2 juta.
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (17 Ogos), beberapa bank tempatan membuat aduan polis antara November 2023 dengan Ogos ini berhubung percanggahan dalam dokumen yang diserahkan individu berkenaan dalam permohonannya bagi pinjaman bank.
Namun, pinjaman wang itu telah diserahkan kepada suspek sebelum pihak bank mengesan percanggahan berkenaan.
Suspek didakwa menangguh sebahagian besar bayaran semula atau hanya membayar separuh pinjaman wang.
Ia sekali gus menyebabkan "kerugian besar" kepada institusi-institusi kewangan.
Jumlah keseluruhan pinjaman wang yang diserahkan adalah lebih S$2 juta, menurut polis.
Selain itu, beberapa mangsa turut tampil untuk membuat aduan polis selepas mendapati pinjaman itu dibuat menggunakan nama mereka tanpa pengetahuan atau izin mereka.
Siasatan awal mendedahkan suspek tersebut dipercayai mendapat akses kepada akaun Singpass mereka melalui pelbagai taktik menipu, seperti menyamar sebagai wakil bank yang mempromosikan kad kredit atau penjual kereta mendapatkan pinjaman bagi pihak mereka.
Dia didakwa memperdaya mangsa untuk memohon pinjaman tanpa sedar menggunakan akaun Singpass mereka dengan mengimbas kod QR atau mengklik pautan pancingan data.
Menyusuli kelulusan bagi pinjaman tersebut, dana itu kemudiannya dibayar terus ke akaun bank peribadinya.
Lelaki terbabit diberkas pada 15 Ogos lalu berikutan siasatan susulan yang dijalankan pihak polis.
Sebuah telefon bimbit, dua komputer riba dan 17 kad SIM milik suspek itu, dirampas sebagai bukti kes.
Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu tas tuduhan menipu.
Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.
SPF menekankan pihaknya mengambil pendirian serius terhadap sesiapa sahaja yang mungkin terlibat dalam kes penipuan, dan pelaku akan ditangani mengikut undang-undang.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.