Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas kerana curi AS$885 dari penumpang dalam penerbangan ke SG

Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas kerana ddakwa mencuri wang tunai sebanyak AS$885 (S$1,120) daripada seorang penumpang dalam penerbangan ke Singapura, menurut polis pada Rabu (5 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas kerana curi AS$885 dari penumpang dalam penerbangan ke SG

Menara kawalan Lapangan Terbang Changi di depan Jewel Lapangan Terbang Changi. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 05 Feb 2025 10:54PM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 10:55PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas kerana ddakwa mencuri wang tunai sebanyak AS$885 (S$1,120) daripada seorang penumpang dalam penerbangan ke Singapura, menurut polis pada Rabu (5 Feb).

Polis dimaklumkan tentang kes itu pada Selasa (4 Feb) kira-kira pukul 2.00 petang.

Siasatan awal menunjukkan seorang penumpang melihat lelaki itu menyentuh begnya yang disimpan dalam ruang di atas tempat duduk penumpang.

Penumpang itu kemudian bersemuka dengan lelaki tersebut dan memeriksa kandungan begnya.

Beliau mendapati seikat wang dolar Amerika hilang daripada begnya dan mengesyaki lelaki itu mencuri wangnya.

Apabila pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Changi, para pegawai dari Divisyen Polis Lapangan Terbang menjalankan siasatan.

Dengan bantuan kru kapal, mereka menemui wang yang dilaporkan hilang di ruang kompartmen lain.

Lelaki berkenaan telah berjalan ke bahagian pesawat tersebut semasa kejadian itu berlaku.

Polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai pesawat tersebut atau lokasi asal penerbangan tersebut.

Lelaki itu, seorang warga China akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis (6 Feb) atas tuduhan mencuri.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan