Lelaki diberkas kerana berbelanja S$18,000 dengan kad kredit orang lain
Seorang lelaki berusia 29 tahun ditangkap kerana disyaki membuat pembelian tanpa kebenaran dengan menggunakan kad kredit yang ditemuinya di sebuah mesin AXS, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (21 Mac).

Polis merampas barang kemas, barang elektrik, jam tangan dan wang tunai bernilai S$1,000. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditangkap kerana disyaki membuat pembelian tanpa kebenaran dengan menggunakan kad kredit yang ditemuinya di sebuah mesin AXS, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (21 Mac).
Lelaki itu dipercayai membelanjakan lebih S$18,000.
Polis juga merampas barang kemas, barang elektrik, jam tangan dan wang tunai bernilai S$1,000. Kesemua barangan itu dipercayai dibeli dengan menggunakan kad kredit tersebut.
Mangsa memaklumkan polis pada 16 Mac bahawa beberapa urus niaga tanpa kebenaran dibuat menerusi kad kreditnya yang hilang.
Identiti suspek berjaya dikenal pasti menerusi hasil siasatan para pegawai Jabatan Ehwal Komersil (CAD), menurut polis. Dia diberkas di Temasek Boulevard pada Khamis (21 Mac).
Berdasarkan hasil siasatan awal, suspek mengambil kad kredit mangsa selepas mangsa secara tidak sengaja meninggalkan kad berkenaan di sebuah mesin AXS di Yishun Ave 2.
Jika didapati bersalah atas tuduhan secara tidak jujur menggelapkan harta benda, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau didenda.
Jika didapati bersalah menipu, dia boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.