Lelaki diberkas; jual minyak wangi, lilin dan peresap tiruan bernilai lebih S$2 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 25,000 barangan dirampas termasuk minyak wangi dan lilin yang disyaki tiruan. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat menjual barangan tiruan di wadah online.
Dalam kenyataan pada Sabtu (24 Feb), polis mengatakan para pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah telah melakukan operasi penguatkuasaan di Toh Guan Road East pada Selasa dan Khamis.
Lebih 25,000 barangan dirampas termasuk minyak wangi dan lilin yang dibubuh tanda dagangan yang disyaki palsu.
Barangan itu dianggarkan bernilai lebih S$2 juta, tambah polis.

Siasatan polis masih sedang dijalankan.
Mereka yang didapati bersalah kerana memiliki barangan yang dibubuh tanda dagang palsu bagi tujuan perdagangan, boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Polis menyatakan bahawa pihaknya memandang serius perbuatan melanggar hak cipta intelektual.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.