Lelaki diberkas, guna lesen memandu palsu M'sia untuk pendaftaran di Pusat Pemeriksaan Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang lelaki 41 tahun diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Jumaat (12 Ogos) selepas dia didakwa menggunakan lesen memandu palsu Malaysia untuk pendaftaran pas.
Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima laporan seorang lelaki yang didakwa cuba menggunakan dokumen palsu untuk pendaftaran pas perjalanan berganda pada 12 Ogos, menurut SPF dalam satu kenyataan media.
Siasatan awal mendedahkan pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengesan lesen memandu palsu itu semasa proses pendaftaran pas.
SPF menjalankan siasatan dengan kerjasama ICA. Lelaki itu kemudian diberkas oleh pegawai daripada Divisyen Polis Woodlands pada hari yang sama.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (13 Ogos) atas kesalahan mengunakan dokumen palsu.
Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
"Polis akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mereka yang cuba memasuki Singapura secara haram," menurut SPF.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.