Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas disyaki terlibat sengaja sebabkan kecederaan parah guna senjata bahaya

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas disyaki terlibat sengaja sebabkan kecederaan parah guna senjata bahaya

Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF)

SINGAPURA: Seorang lelaki 50 tahun diberkas pada Ahad (18 Sep) kerana didakwa terlibat dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Dalam kenyataan media pada Isnin (19 Sep), polis menyatakan para pegawai mereka sedang melakukan rondaan berjalan kaki di Beach Road pada Ahad sekitar pukul 4.10 pagi.

Pegawai polis menyedari bahawa ada kekecohan di perhentian teksi dan mereka menjumpai seorang lelaki 31 tahun dengan kecederaan kelar pada dada dan perutnya.

Lelaki itu mendakwa beliau diserang oleh lelaki lain dengan objek tajam. Mangsa itu kemudian dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedarkan diri.

Menurut gambaran yang diberikan oleh mangsa dan seorang saksi, para pegawai ternampak seorang lelaki berusia 50 tahun berhampiran perhentian teksi dan menahannya.

Sebilah pisau dirampas sebagai bukti kes.

"Siasatan awal mendedahkan dua lelaki itu tidak kenal satu sama lain. Siasatan masih dijalankan," menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (19 Sep) atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya di bawah Kanun Keseksaan.

Perintah mahkamah juga akan diusulkan supaya lelaki itu direman di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Kesalahan itu membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 15 tahun, denda dan sebatan rotan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan