Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas; disyaki curi barang kemas bernilai S$27,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis pada Isnin (24 Jul) memberkas seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas yang bernilai lebih S$27,000.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa, pihak berkuasa menyatakan lelaki yang berusia 24 tahun itu menyamar sebagai seorang pembeli yang sah dan berjumpa dengan mangsa sekitar pukul 6.40 petang pada Ahad untuk menyelesaikan urus niaga tersebut.

Namun, selepas bertemu dengan mangsa, lelaki itu disyaki merampas barang kemas tersebut lalu melarikan diri.

Pegawai dari Divisyen Polis Pusat menentukan identiti lelaki berkenaan menerusi siasatan susulan dan kemudian berjaya memberkas suspek pada Isnin.

Barang kemas tersebut juga berjaya didapatkan semula, tambah polis.
Gambar: SPF
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas kesalahan mencuri. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.

Polis juga mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga apabila bertemu dengan orang lain untuk menukar barangan.

Ini termasuk bertemu di tempat awam yang terang dan ada ramai orang lalu-lalang dan ditemani oleh rakan atau anggota keluarga. Mereka juga seharusnya mengelak daripada membawa barang berharga yang tidak perlu atau sejumlah besar wang ke mesyuarat sedemikian.

Penjual pula dinasihatkan supaya mengelak daripada menunjukkan barangan mahal itu secara terbuka sebelum urus niaga selesai, dan mempertimbangkan untuk mengadakan pertemuan di lokasi-lokasi dengan kamera pemantauan dipasang.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan