Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas; disyaki cabul kehormatan 2 wanita di Stesen MRT Toa Payoh

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas; disyaki cabul kehormatan 2 wanita di Stesen MRT Toa Payoh

Seorang pegawai polis memberkas seorang suspek. (Gambar fail: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan dua orang wanita di Stesen MRT Toa Payoh sudah diberkas, menurut pihak polis pada Isnin (17 Jan). 

Aduan polis dibuat pada Jumaat (14 Jan) pada kira-kira 11.10 malam menyusuli kejadian tersebut. 

Berdasarkan aduan polis itu, kehormatan kedua-dua mangsa dipercayai dicabuli oleh lelaki tersebut di stesen kereta api berkenaan "dalam masa beberapa minit". 

Identiti lelaki itu dikenal pasti melalui siasatan susulan yang dijalankan serta gambar-gambar yang diperolehi melalui kamera polis. 

Lelaki itu berjaya diberkas dalam masa tiga jam selepas aduan dibuat, menurut pihak polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan. 

Jika didapati bersalah, lelaki tersebut boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut. 

Polis menegaskan bahawa pihaknya "tidak akan bertolak ansur terhadap para pesalah seksual yang mengancam keselamatan masyarakat". 

"Mereka akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang". 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan