Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas dipercayai terima minyak gas marin dicuri dari kemudahan Shell Pulau Bukom

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas kerana dipercayai menerima minyak gas marin (MGO) yang dicuri dari kemudahan Shell Eastern Petroleum di Pulau Bukom.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (19 Apr).

Lelaki 48 tahun itu, yang tidak berada di Singapura ketika siasatan dijalankan ke atas kesalahannya, diberkas apabila dia memasuki negara ini pada Selasa (18 Apr).

"Pada Januari 2018, Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melakukan siasatan ke atas sejumlah insiden di mana MGA dicuri dari Shell Pulau Bukom dan dijual kepada syarikat pengisian minyak kapal pada kadar diskaun yang tinggi," menurut kenyataan media SPF.

"Lelaki itu adalah kapten sebuah kapal dimiliki Prime Shipping Corporation apabila ia didakwa menerima MGO yang dicuri bernilai lebih AS$830,000 (S$1.1 juta) pada dua kejadian antara Mac dengan April 2017.

Lelaki itu akan didakwa pada Khamis (20 Apr) dengan dua tuduhan bersubahat menerima harta benda dicuri secara tidak jujur.

Mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita