Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas dipercayai curi beg penumpang kelas niaga dalam penerbangan ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas dipercayai curi beg penumpang kelas niaga dalam penerbangan ke SG

Menara kawalan Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 09 Aug 2025 10:20PM Dikemas Kini : 11 Aug 2025 10:10AM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap kerana didakwa mencuri beg seorang penumpang di bahagian kelas niaga dalam sebuah penerbangan ke Singapura.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu pada kira-kira pukul 5.30 pagi pada Jumaat (8 Ogos), sambil menambah bahawa penerbangan itu dalam perjalanan dari Dubai ke Singapura.

Siasatan awal menunjukkan bahawa semasa mangsa sedang tidur, isterinya melihat lelaki itu mengambil beg, yang disimpan di dalam ruang simpanan di atas kepala.

Isteri mangsa menyoal lelaki itu, menyebabkan dia memulangkan beg itu ke ruang simpanan di atas kepala.

"Selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Changi, lelaki itu tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan untuk tindakannya kepada pegawai dari Divisyen Polis Lapangan Terbang," tambah polis.

Dia ditangkap sebelum sempat berlepas untuk penerbangan seterusnya yang dijadualkan.

Lelaki itu, seorang warga China, akan didakwa atas kesalahan mencuri pada Ahad.

Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita