Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas, didakwa tipu pembeli di Carousell lebih S$27,000

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas, didakwa tipu pembeli di Carousell lebih S$27,000

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Jan 2022 11:33PM Dikemas Kini : 26 Jan 2022 11:33PM

SINGAPURA: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun pada Rabu (26 Jan) kerana didakwa menipu lebih 23 orang dalam beberapa skim penipuan e-dagang yang melibatkan penjualan barangan elektronik bernilai lebih S$27,000. 

Pihak berkuasa menyatakan  mereka menerima beberapa aduan daripada mangsa yang mengatakan mereka ditipu seorang penjual online pada Januari. Penjual itu menawarkan barangan elektronik seperti telefon bimbit dan konsol permainan pada harga yang murah di wadah penjualan Carousell. 

Namun, penjual itu didakwa tidak menghantar barangan tersebut selepas pembeli membuat pembayaran melalui pemindahan bank atau PayNow. 

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis (27 Jan) kerana menipu. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

"Polis memandang serius individu-individu yang terlibat dalam skim penipuan, dan pelakunya akan dihukum mengikut undang-undang," menurut polis. 

Polis juga menasihati orang awam agar berwaspada semasa membuat pembelian online. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa