Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas; didakwa serang lelaki warga emas dengan pisau cincang

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas; didakwa serang lelaki warga emas dengan pisau cincang

Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF)

SINGAPURA: Seorang lelaki 31 tahun diberkas pada Rabu (26 Okt) kerana didakwa menyerang seorang lelaki warga emas dengan sebilah pisau cincang di New Upper Changi Road.

Pegawai polis dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 3.35 petang pada Rabu. Suspek sudah melarikan diri dari tempat kejadian ketika polis tiba.

Mangsa mengalami kecederaan pada kepalanya dan dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri.

Melalui siasatan di tempat kejadian dan menggunakan rakaman kamera polis, pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengesahkan identiti lelaki berkenaan dan memberkasnya pada Rabu malam.

"Sebilah pisau cincang ditemui di dalam tong sampah berhampiran dan dirampas sebagai bahan bukti kes," menurut Polis.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (28 Okt) atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, sebatan rotan ataupun gabungan hukuman sedemikian.

"Polis tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan keganasan dan mengabaikan undang-undang secara terang-terangan. Kami akan berusaha untuk menjejaki pesalah dan menangani mereka mengikut undang-undang," menurut polis.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita