Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas; didakwa cabul kehormatan wanita di Siloso Beach Walk pada Tahun Baru

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 25 tahun diberkas pada Ahad (1 Jan) selepas dia didakwa mencabul kehormatan seorang wanita di Siloso Beach Walk pada Ahad pagi.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian pada sekitar pukul 3.20 pagi.

Melalui siasatan susulan, Divisyen Polis Clementi mengesahkan identiti lelaki itu dan memberkasnya dalam masa dua jam selepas aduan dibuat.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (2 Jan) atas kesalahan mencabul kehormatan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, serta sebatan rotan.

Polis menyatakan pihaknya tidak bertolak ansur terhadap pesalah seksual yang mengancam keselamatan peribadi masyarakat. Pesalah akan berdepan tindakan tegas mengikut undang-undang.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan