Lelaki diberkas di Jurong East; didakwa tumbuk, guna senjata berbahaya terhadap mangsa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 36 tahun diberkas pada Sabtu (31 Dis) selepas dia didakwa mencederakan dua mangsa di Jurong dengan menumbuk salah satu mangsa berulang kali dan memukul mangsa lain menggunakan gunting.
Pasukan Polis Singapura (SPF) dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 372 Jurong East Avenue 1 sekitar pukul 4.50 petang pada Sabtu.
Siasatan awal mendedahkan lelaki itu berada berdekatan dengan Blok 337 Jurong East Avenue 1, di mana dia menghampiri seorang lelaki 44 tahun dan menumbuk beliau beberapa kali, menurut SPF dalam kenyataan medianya pada Ahad (1 Jan).
Dia kemudian menghampiri lelaki lain berumur 47 tahun berdekatan dengan Blok 339 di kawasan yang sama dan menggunakan gunting untuk memukulnya di bahagian bahu kanan.
Lelaki 36 tahun itu kemudian menghampiri seorang remaja yang berjaya melarikan diri dan membuat aduan polis.
Kedua-dua mangsa dan remaja itu tidak dikenali lelaki berkenaan, menurut SPF.
Lelaki 44 tahun itu mengalami kecederaan namun enggan mendapatkan rawatan perubatan sementara lelaki 47 tahun itu dalam keadaan sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.
Melalui siasatan di tempat kejadian dengan pertolongan gambar daripada kamera polis, Divisyen Polis Clementi mengesahkan identiti lelaki itu dan memberkasnya di Jurong East Avenue 1.
Penahanan itu dibuat dalam tempoh tiga jam selepas laporan dibuat, menurut SPF.
Gunting yang digunakan semasa kejadian dirampas dan siasatan polis sedang dijalankan.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (2 Jan) atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara berbahaya.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, sebat atau mana-mana gabungan hukuman sedemikian.
Perintah mahkamah akan diminta untuk lelaki itu direman di Institut Kesihatan Mental (IMH), menurut SPF.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.