Lelaki diberkas dalam operasi HSA di Bishan hadapi tuduhan baharu miliki Kpod untuk dijual
Anggaran Waktu Membaca:
Chin Wei Liang susuli perbicaraan mahkamah pada 5 September 2025. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang didakwa penghantar Kpod dikenakan tuduhan baharu kerana mempunyai lebih 800 Kpod untuk dijual pada Jumaat (5 Sep).
Chin Wei Liang Jodan dikenakan tiga tuduhan baharu kerana memiliki lebih 800 pod vape yang mengandungi etomidate untuk dijual tanpa lesen yang sah.
Dia yang berusia 27 tahun, tidak diwakili sebarang peguam.
Dia sebelum ini dikenakan enam tuduhan pada Julai - tiga kerana memiliki Kpod atau komponennya untuk dijual, dan lagi tiga tuduhan kerana memiliki barangan sedemikian.
Kpod merujuk kepada pod yang mengandungi cecair vape yang dicampur dengan etomidate.
Para penjual online mendakwa ia tidak boleh dikesan dalam ujian air kencing.
Mulai 1 September, etomidate disenaraikan dalam Akta Penyalahgunaan Dadah sebagai dadah Kelas C, pada hari yang sama Singapura mengumumkan langkah lebih tegas terhadap pengguna vape.
Ini bermakna ia dilarang untuk mengedar, mengilang, mengimport, mengeksport, memiliki atau mengambil etomidate tanpa kebenaran, membenarkan tindakan penguatkuasaan lebih tegas terhadap para pesalah guna dan pembekalnya.
Chin diberkas oleh HSA dalam satu operasi pada Julai.
Menurut enam tuduhan pertama, dia dituduh memiliki pod tersebut pada kira-kira pukul 3.50 petang pada 10 Julai berhampiran Blok 189 Bishan Street 13: Dua USDT Kpod beraneka jenis, perisa anggur bernilai S$140; 81 Kpod pelbagai perisa; 114 USDT Kpod pelbagai perisa; 53 Lucifer Kpod pelbagai perisa; 65 Beta XL Kpod pelbagai perisa; 63 keping Kpod "$"; 73 Kpod "Marbo"; 13 Kpod "VIP" dan 341 Kpod "Zombie".
Chin juga dipercayai mempunyai 24 vape tanpa pod untuk dijual.
Dia juga didakwa memiliki barangan tersebut: Tiga vape - satu tanpa pod; kartridge dan produk berkaitan vape, dan sebuah kotak mengandungi 19 "Heetsticks" yang dikatakan sebagai "produk tembakau berbahaya".
Semasa hadir di mahkamah pada Jumaat, Chin memohon untuk ke luar negara bagi melakukan lawatan ke Vietnam dan Malaysia.
Lawatannya ke Vietnam pada asalnya dirancang pada 24 hingga 28 September, katanya, namun dia merancang untuk menukar jadual dan itinerarinya memandangkan dia perlu kembali ke mahkamah pada 25 September.
Mahkamah Daerah Janet Wang bagaimanapun menolak permohonannya kerana Chin menyatakan dia akan meninggalkan Singapura selama tarikh "tanpa had".
Beliau meminta Chin supaya membuat permohonan semula dan menyertakan tarikh sebenar beliau akan melakukan perjalanan.
Ikat jaminnya juga dinaikkan dari S$10,000 kepada S$15,000.
Chin berkata dia bertanggungjawab "membeli barangan dapur dari seberang tambak" untuk keluarganya, justeru dia tidak pasti tentang jadual sebenar atau bilakah dia perlu ke luar negara.
Jika disabit bersalah memiliki produk tembakau tiruan atau komponen untuk dijual di bawah Akta (Kawalan Iklan dan Jualan) Tembakau, Chin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Atas kesalahan memiliki produk-produk itu bagi tujuan lain selain daripada untuk dijual, dia boleh didenda sehingga S$2,000 bagi setiap tuduhan.
Jika didapati bersalah memiliki Kpod untuk dijual tanpa memiliki lesen yang sah di bawah Akta Racun, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.