Lelaki diberkas cuba seludup lebih 3.2kg ganja, 1.7kg Ice di Pusat Pemeriksaan Woodlands
ICA rampas lebih 3.2kg ganja dan 1.7kg Ice dari seorang lelaki warga Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 22 Dis 2025. (Gambar: CNB)
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan dalam satu kenyataan media pada Isnin (29 Dis) bahawa rakyat Malaysia itu dirujuk bagi pemeriksaan lanjut di pusat pemeriksaan tersebut pada 22 Disember berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pusat Sasaran Bersepadu.
"Para pegawai ICA menemui dua bungkusan hitam dipercayai mengandungi dadah terkawal dalam beg lelaki itu. Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) kemudian dimaklumkan mengenai penemuan itu dan melakukan pemeriksaan lanjut," menurut agensi tersebut.
"Sebanyak tujuh bungkusan dipercayai mengandungi dadah ditemui."
Dadah itu dianggarkan bernilai lebih SS$237,000 dan berpotensi memuaskan ketagihan kira-kira 1,440 penyalah guna dadah selama seminggu, menurut ICA, sambil menambah siasatan masih dijalankan.
Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, sesiapa yang mengimport atau mengeksport dari Singapura lebih 250 gram methamphetamine atau 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati.
"ICA akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kawalan dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan bagi mencegah percubaan untuk menyeludup dadah, individu tidak diingini, senjata, bahan letupan dan barang terlarang lain menerusi sempadan kita," menurut ICA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.