Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas cuba seludup dadah bernilai S$250,000 di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin (29 Okt) apabila pihak berkuasa menemui hampir 6 kilogram dadah yang disembunyikan dalam keretanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2018 08:10PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 11:56PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin (29 Okt) apabila pihak berkuasa menemui hampir 6 kilogram dadah yang disembunyikan dalam keretanya.

Dadah yang ditemui itu dianggarkan bernilai sekitar S$256,000, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan bersama.

Lelaki yang memandu kereta berdaftar Malaysia itu tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 1.55 petang pada Isnin.

Semasa diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut para pegawai ICA menemui beberapa bungkusan hitam yang disyaki mengandungi dadah terkawal di bahagian belakang keretanya.

CNB dimaklumkan tentang kes itu dan para pegawai ICA dan CNB menemui 2.95 kg ganja, 2.38 kg heroin dan 546 gram dadah Ice selepas menggeledah kereta tersebut.

Dadah itu ditemui dalam pelbagai bungkusan yang disembunyikan di pelbagai bahagian kereta.

Lelaki itu diberkas kerana disyaki menyeludup dadah terkawal. Siasatan sedang dijalankan.

Jumlah dadah yang dirampas cukup untuk memenuhi ketagihan 1,900 penagih selama seminggu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan