Lelaki diberkas cuba rompak pemandu teksi gunakan pisau lipat
Seorang lelaki berusia 44 tahun yang cuba merompak pemandu teksi menggunakan pisau lipat diberkas atas kesalahan percubaan merompak menggunakan senjata semalam (28 Dis).

Gambar fail: REUTERS
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang cuba merompak pemandu teksi menggunakan pisau lipat diberkas atas kesalahan percubaan merompak menggunakan senjata semalam (28 Dis).
Polis menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku sekitar jam 4.00 pagi berdekatan City Plaza di Geylang Road.
Mediacorp difahamkan suspek menaiki teksi dari Punggol. Apabila mereka tiba di City Plaza, suspek enggan keluar dari teksi.
Dia kemudiannya meminta wang daripada pemandu dan mengacu pisau lipat. Selepas pertengkaran yang singkat, suspek melarikan diri.
Pemandu teksi berkenaan melaporkannya kepada para pegawai polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan. Pegawai polis kemudiannya memberkas suspek sekitar 5.50 pagi pada hari yang sama.
Jika sabit kesalahan cuba merompak menggunakan senjata, dia boleh dipenjara antara dua hingga tujuh tahun, dan dirotan tidak kurang daripada 12 kali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.