Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas cuba peras S$500,000 dari Bank Standard Chartered

Seorang lelaki berusia 35 tahun diberkas kerana dipercayai mencuba untuk memeras S$500,000 daripada Bank Standard Chartered.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas cuba peras S$500,000 dari Bank Standard Chartered

Beberapa komputer riba dan telefon bimbit dirampas dari suspek. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 02 Oct 2018 08:00AM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 08:03AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 35 tahun diberkas kerana dipercayai mencuba untuk memeras S$500,000 daripada Bank Standard Chartered.

Bank berkenaan menerima emel-emel yang tidak diketahui pengirimnya. Melalui emel itu, pengirim meminta wang sebagai jaminan "tidak membocorkan maklumat sulit milik bank", menurut polis dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Isnin (1 Okt).

Standard Chartered memfailkan aduan polis pada 27 Septermber dan suspek diberkas pada Ahad (30 Sep) di Kovan Road.

Siasatan awal mendapati suspek menggunakan beberapa emel palsu untuk mengirimkan emel-emel tersebut. Suspek juga dipercayai menggunakan nombor telefon yang berdaftar di luar negara serta khidmat rangkaian persendirian maya (VPN) untuk merahsiakan identitinya dan mengelak daripada dikesan, menurut polis.

Beberapa komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas daripada suspek berhubung kes ini.

Standard Chartered menyatakan bahawa sistem dan data para pelanggannya tidak dicerobohi.

"Ini satu insiden berasingan yang bukan disebabkan ancaman serangan siber luar," menurut jurucakap syarikat itu. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Polis Singapura kerana berjaya menyelesaikan kes ini dengan pantas."

Suspek akan didakwa di mahkamah hari ini (2 Okt) atas tuduhan percubaan memeras ugut. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga lima tahun dan disebat. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita