Lelaki diberkas cuba lakukan rompakan bersenjata menggunakan batang besi
Polis menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun kerana menyerang dua wanita dengan batang besi selepas mereka enggan menyerahkan barang berharga milik mereka, menurut kenyataan polis pada Selasa (13 Mei).

Percubaan rompakan bersenjata berlaku di Tampines Street 22. (Gambar: Google Maps)
Percubaan rompakan bersenjata itu berlaku pada Isnin sekitar pukul 1.30 petang di Tampines Street 22.
Lelaki berkenaan didakwa menyerang mangsa yang berusia 82 dan 30 tahun dengan batang besi apabila mereka tidak menuruti arahannya untuk menyerahkan barang mereka yang berharga.
Kedua-dua wanita tersebut mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital dalam keadaan sedar.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1.30 petang, pada hari yang sama, dan suspek diberkas dalam tempoh kurang tiga jam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

“Polis tidak akan bertolak ansur dalam memburu mereka yang melakukan jenayah ganas dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka mengikut undang-undang,” menurut SPF.
Orang ramai dinasihati agar kekal tenang sekiranya berdepan dengan situasi serupa, perhatikan ciri fizikal pelaku, dan hubungi polis secepat mungkin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.