Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas, cuba lakukan rompakan bersenjata di Toa Payoh

Seorang lelaki berusia 57 tahun diberkas setelah dia dikatakan cuba merompak seorang wanita menggunakan pisau di Toa Payoh pada Isnin (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas, cuba lakukan rompakan bersenjata di Toa Payoh

Gambar hiasan. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 57 tahun diberkas setelah dia dikatakan cuba merompak seorang wanita menggunakan pisau di Toa Payoh pada Isnin (9 Jan).

Polis menyatakan pihaknya menjawab panggilan "999" meminta bantuan yang dibuat di sebuah tempat letak kereta di Toa Payoh Lorong 6 pada sekitar pukul 11.00 pagi, Isnin.

Seorang wanita 48 tahun didapati mengalami kecederaan pada tangan kanannya disebabkan oleh serangan yang berlaku terlebih dahulu.

Siasatan menunjukkan bahawa mangsa sedang memasuki kenderaannya apabila lelaki itu dikatakan menghampirinya dari belakang lalu mengarahkan mangsa supaya memasuki kenderaan sebelum menyerangnya, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Selasa (10 Jan).

Dia dipercayai bersenjatakan pisau semasa kejadian itu berlaku.

Wanita tersebut mengalami kesan luka pada tangan kanan, kesan cakar pada bahagian perut dan melecet pada tangan kanannya. Beliau berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian kewangan dan berada dalam keadaan stabil.

Polis menyatakan  pegawainya berjaya mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya dalam masa 24 jam selepas aduan polis dibuat menerusi siasatan di lapangan serta bantuan rakaman kamera polis dan rakaman litar tertutup.

Lelaki itu akan didakwa pada Rabu atas kesalahan cuba melakukan rompakan bersenjata dengan menyebabkan kecederaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan