Lelaki diberkas berhubung tiket-tiket bola sepak ICC yang tidak disediakan
Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas pada Jumaat (26 Jul) kerana gagal menyediakan tiket perlawanan bola sepak Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), kata polis kepada Mediacorp pada Sabtu.
(Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas pada Jumaat (26 Jul) kerana gagal menyediakan tiket perlawanan bola sepak Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), kata polis kepada Mediacorp pada Sabtu.
Mediacorp melaporkan pada Khamis bahawa pihak polis sedang menyiasat bekas wakil Joseph Schooling, Hafidz Ja'afar berhubung dakwaan bahawa dia tidak menyediakan tiket-tiket yang ditawarkannya bagi perlawanan bola sepak Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Hafidz diberkas setelah seorang lelaki berusia 37 tahun dan beberapa orang lain memfailkan laporan polis terhadapnya.
Dalam satu laporan yang dilihat oleh pihak Mediacorp, lelaki tersebut mendakwa telah membayar Hafidz bagi mendapatkan tiket-tiket perlawanan bola sepak antara Manchester United dengan Inter Milan pada 20 Jul. Namun beliau tidak menerimanya.
Secara berasingan, sekolah renang Schooling memuat naik catatan Facebook pada Rabu malam, bahawa khidmat Hafidz sebagai pengurus sekolah itu sudah dihentikan.
Siasatan polis masih dijalankan, menurut polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.