Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas atas percubaan membunuh di Marsiling

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas atas percubaan membunuh di Marsiling

(Gambar: CNA/Hanidah Amin)

Diterbitkan : 29 Dec 2022 11:29PM Dikemas Kini : 29 Dec 2022 11:30PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun, diberkas pada Rabu (28 Dis) atas percubaan membunuh seorang lelaki lain di Marsiling Crescent.

Demikian menurut polis pada Khamis (29 Dis).

Polis menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Marsiling Crescent pada 28 Disember sekitar pukul 10.12 malam. Setibanya para pegawai di tempat kejadian, mereka mendapati seorang lelaki yang berusia 37 tahun, mengalami kesan luka.

Dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedarkan diri. Lelaki berusia 65 tahun itu ditahan di tempat kejadian, kerana mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (30 Dis) atas percubaan membunuh di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan rotan, atau tempoh penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau dirotan, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan