Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas atas kesalahan membunuh selepas wanita 79 tahun ditemui mati di Sengkang

Seorang lelaki berusia 44 tahun diberkas atas kesalahan membunuh pada Ahad (1 Jun) selepas seorang wanita berusia 79 tahun ditemui mati di Sengkang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas atas kesalahan membunuh selepas wanita 79 tahun ditemui mati di Sengkang

Seorang lelaki yang digari. (Gambar fail: iStock)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 44 tahun diberkas atas kesalahan membunuh pada Ahad (1 Jun) selepas seorang wanita berusia 79 tahun ditemui mati di Sengkang.

Polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit perumahan di Fernvale Road pada kira-kira pukul 11.50 pagi.

"Apabila polis tiba di tempat kejadian, seorang wanita berusia 79 tahun ditemui terbaring tidak bergerak dalam unit tersebut. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik SCDF di tempat kejadian."

Lelaki berusia 44 tahun itu diberkas di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kedua-duanya saling mengenali, menurut polis dalam satu kenyataan media pada lewat petang Isnin.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (3 Jun) atas kesalahan membunuh.

Hukuman bagi kesalahan membunuh adalah hukuman mati.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita