Lelaki diberkas, 14 lagi disiasat kerana berkumpul di rumah kedai untuk minum arak
Polis sedang menyiasat 15 orang, termasuk seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditangkap kerana melanggar langkah jarak selamat COVID-19 dengan berkumpul di sebuah rumah kedai untuk meminum arak.
Gambar fail seseorang yang digari.
SINGAPURA: Polis sedang menyiasat 15 orang, termasuk seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditangkap kerana melanggar langkah jarak selamat COVID-19 dengan berkumpul di sebuah rumah kedai untuk meminum arak.
Polis menerima laporan pada Ahad (20 Dis) pada kira-kira pukul 4.30 pagi bahawa beberapa individu sedang berkumpul di sebuah rumah kedai di North Bridge Road.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 dengan 40 tahun, ditemui dalam rumah kedai itu oleh para pegawai polis.
"Apabila pegawai polis tiba, seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai cuba melarikan diri dari rumah kedai dua tingkat itu melalui bumbung. Dia ditangkap kerana melakukan tindakan terburu-buru," menurut polis, sambil menambah bahawa 10 lagi anggota kumpulan itu ditemui bersembunyi di bahagian bumbung.
Siasatan awal mendedahkan bahawa 15 orang itu berkumpul untuk meminum minuman keras pada Sabtu, menurut polis. Siasatan sedang dijalankan.
Mereka yang gagal mematuhi peraturan jarak selamat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Jika didapat bersalah melakukan tindakan terburu-buru, lelaki berusia 29 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.