Lelaki diarah bayar S$756,000 setelah tuntut S$800,000 daripada TTSH, 3 doktor atas kematian ibunya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Seorang lelaki pada mulanya menyaman Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan tiga doktor sebanyak S$800,000 atas kematian ibunya. Namun, dia kini perlu membayar lebih $756,000 dalam bentuk kos dan perbelanjaan lain selepas seorang hakim Mahkamah Tinggi mengambil kira bagaimana lelaki itu menolak peluang untuk menghuraikan perkara tersebut.
Dalam penghakiman yang dikeluarkan pada Jumaat (10 Mac), Hakim Choo Han Teck berkata bahawa TTSH dan doktor-doktor berkenaan tidak seharusnya menanggung kos yang mungkin dapat diselamatkan, memandangkan lelaki yang menyaman mereka enggan menerima tawaran untuk menghuraikan perkara tersebut dan akhirnya, menjadikan hal tersebut bertambah teruk.
Lelaki itu, Encik Chia Soo Kiang, mengheret hospital dan tiga doktor itu ke mahkamah pada Ogos 2022. Dia mendakwa bahawa mereka cuai dalam mendiagnosis ibunya, Cik Tan Yaw Lan, 74 tahun, yang meninggal dunia di jabatan kecemasan TTSH ketika sedang tunggu untuk dimasukkan ke wad.
Cik Tan meninggal dunia pada Mei 2018.
Hakim Choo menolak kes tersebut pada 13 Oktober tahun lalu setelah mendapati bahawa hospital berkenaan dan tiga doktor tersebut tidak berkelakuan cuai.

Parti-parti tersebut kemudian terlibat dalam perbicaraan mengenai kos dan pembiayaan.
Peguam bagi defendan berkata bahawa mereka sudah menawarkan S$15,000 kepada Encik Chia untuk menghuraikan kes tersebut pada 24 April 2020. Dia bagaimanapun menolaknya.
TTSH dan tiga doktor tersebut kemudian meminta kos tindakan ditetapkan pada S$625,500 dan pembiayaan pada S$156,107.21.
Setelah mendengar penghujaan tersebut, Hakim Choo mendapati bahawa kos yang lebih rendah adalah lebih wajar dan menggunakan "budi bicara dan mengarahkan" untuk sebaliknya menetapkannya pada S$600,000.
Meskipun Hakim Choo menarik perhatian bahawa pembiayaan sebanyak S$156,107.21 adalah "luar biasa tingginya" bagi sesebuah perbicaraan yang mengambil masa selama lapan hari penuh dan dua setengah hari, sebahagian besar jumlah tersebut adalah untuk menampung pembayaran bagi saksi-saksi pakar dan pengangkutan serta penginapan saksi dari luar negara.
Yuran bagi pakar defendan adalah wajar, menurut hakim tersebut.
Tiga pakar dibayar jumlah antara S$21,400 sehingga S$56,422.50, manakala kos transkripsi mencecah S$13,080.70.
Sejumlah S$6,178.74 pula dikenakan bagi seorang saksi yang telah melakukan perjalanan dari Malaysia dan menginap di Singapura sehingga beliau memberi keterangan.
Peguam defendan juga berhujah bahawa mahkamah tersebut sepatutnya mempertimbangkan kelakuan Encik Chia, termasuk bagaimana pindaan besar perlu dibuat pada tuntutan itu seminggu sebelum perbicaraan tersebut bermula.
Hakim Choo menambah: "Kos tidak bertujuan untuk menghukum tindakan sivil yang gagal, tetapi apabila tawaran munasabah untuk menghuraikan kes tersebut tidak mahu diterima dan pihak yang enggan menerimanya akhirnya mengalami kerugian yang lebih teruk daripada syarat-syarat yang ditawarkan, pihak lain tidak seharusnya menanggung kos yang mungkin telah diselamatkan."
Hakim itu turut sedia maklum bahawa dalam kes tersebut, tawaran bagi pengantaraan telah ditolak.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.