Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki di sebalik projek Jewel Lapangan Terbang Changi dilantik jadi pengerusi NLB

CEO Changi Airport Group Encik Lee Seow Hiang dan orang yang bertanggungjawab bagi projek ikonik Jewel bakal menjadi pengerusi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tahun depan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki di sebalik projek Jewel Lapangan Terbang Changi dilantik jadi pengerusi NLB

Encik Lee Seow Hiang. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 15 Oct 2019 08:03PM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 08:08PM

SINGAPURA: CEO Changi Airport Group Encik Lee Seow Hiang dan orang yang bertanggungjawab bagi projek ikonik Jewel bakal menjadi pengerusi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tahun depan.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan mengumumkan pada Selasa (15 Okt) bahawa Encik Lee akan menggantikan pengerusi NLB sekarang, Encik Chan Heng Kee pada 1 Jan 2020.

Ia juga mengumumkan Encik Ng Cher Pong - ketua eksekutif bagi SkillsFuture Singapore sejak Oktober 2016 - akan menyertai NLB sebagai CEO barunya pada 1 Dis, bagi menggantikan ketua eksekutif sekarang Cik Elaine Ng.

Menurut Setiausaha Tetap MCI, Cik Yong Ying-I, Encik Chan yang bakal melepaskan jawatannya memainkan "peranan penting" dalam menyelia keperluan pembangunan NLB sejak empat tahun lalu.

Selain menyandang jawatan sebagai CEO Changi Airport Group, pengganti beliau, Encik Lee juga adalah timbalan pengerusi Changi Airports International, pengarah Jewel Changi Airport Holding dan pengerusi Lembaga Yayasan Changi.

Beliau juga duduk dalam lembaga pengarah Kooperatif NTUC FairPrice dan SMRT.

Encik Lee juga sebelum ini memegang beberapa jawatan di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Kementerian Pertahanan, serta Ketua Setiausaha Sulit kepada mendiang Menteri Mentor Encik Lee Kuan Yew antara 2005 hingga 2008. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan