Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki di bawah probesen ulangi kesalahan seks bawah umur dengan remaja 13 tahun

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenakan probesyen kerana melakukan kesalahan seksual dengan budak bawah umur mengulangi lagi kesalahannya beberapa bulan selepas itu. Kali ini, dia melakukannya bersama seorang budak perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang.
 

Anggaran Waktu Membaca:
 Lelaki di bawah probesen ulangi kesalahan seks bawah umur dengan remaja 13 tahun

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 10 Jan 2022 10:26PM Dikemas Kini : 10 Jan 2022 10:26PM

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenakan probesen kerana melakukan kesalahan seksual dengan budak bawah umur mengulangi lagi kesalahannya beberapa bulan selepas itu. Kali ini, dia melakukannya bersama seorang budak perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang.

Remaja lelaki itu, yang tidak boleh didedahkan namanya kerana berusia bawah 18 tahun dan dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, mengaku bersalah pada Isnin (10 Jan) atas tiga tuduhan melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur. Dua lagi tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan akan dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu remaja lelaki itu dijatuhi hukuman probesen selama satu penggal pada 20 Ogos 2021 atas empat tuduhan mengadakan hubungan seks terhadap budak bawah umur, melibatkan mangsa-mangsa berusia 14 dan 15 tahun.

Bagaimanapun, dia terus mengulangi kesalahan itu sedang dia dalam proses dinilai bagi probesen dan sejurus selepas dia dijatuhi hukuman.

Pada 5 Ogos tahun lalu, dia menjalinkan hubungan dengan seorang mangsa berumur 13 tahun. Pada hujung bulan itu, dia mengajak mangsa ke rumahnya.

Dia membawa mangsa ke sebuah bilik sebelum melakukan perbuatan seks dengannya dan kemudian mengadakan persetubuhan dengan izin mangsa, kata pendakwa.

Budak perempuan itu pergi ke rumah remaja lelaki berkenaan lagi pada 8 September 2021, di mana mereka mengadakan hubungan seks.

Remaja lelaki itu kemudian menyuruh mangsa meninggalkan rumah sebelum dia keluar kerana tidak mahu kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan mereka berdua bersama-sama.

Pada hari yang sama, polis menerima satu panggilan daripada seseorang yang mengatakan mangsa, yang dilaporkan hilang, sudahpun ditemui.

Polis menyiasat kes itu dan mendapat maklumat tentang kes seks bawah umur.

Pihak pendakwa meminta satu laporan tentang kesesuaian bagi latihan pemulihan sambil menarik perhatian bahawa remaja itu berada di bawah probesen apabila dia mengulangi kesalahannya.

Hakim meminta satu laporan mengenai perkembangan probesen serta satu laporan latihan pemulihan dan menangguhkan hukuman kepada hujung bulan Januari.

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa