Skip to main content

Singapura

Lelaki dera kucing dipenjara 31 bulan, hukuman paling berat bagi kes aniaya haiwan setakat ini

Seorang lelaki yang mendera enam ekor kucing sehingga menyebabkan kematian dua daripadanya dijatuhi hukuman penjara 31 bulan pada Jumaat (10 Apr), selain dilarang memiliki sebarang haiwan selama tempoh maksimum 12 bulan selepas dibebaskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dera kucing dipenjara 31 bulan, hukuman paling berat bagi kes aniaya haiwan setakat ini

Field Field, kucing yang dicampak dari tingkat 34 blok HDB, dan seekor lagi kucing yang ditikam oleh Ryan Tan Yi Bin. (Gambar: Facebook/Noreen Loh Hui Min, Mahkamah Negara)

Diterbitkan : 10 Apr 2026 11:41PM
SINGAPURA: Seorang lelaki yang mendera enam ekor kucing sehingga menyebabkan kematian dua daripadanya dijatuhi hukuman penjara 31 bulan pada Jumaat (10 Apr), selain dilarang memiliki sebarang haiwan selama tempoh maksimum 12 bulan selepas dibebaskan.

Menurut dokumen mahkamah, Tan Yi Bin Ryan diberkas pada Oktober 2024 selepas mendera lima ekor kucing, termasuk menyeksa seekor kucing domestik berbulu pendek berwarna jingga sebelum mencampaknya dari tingkat 34 sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Lelaki berusia 27 tahun itu didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 30 Oktober 2024, namun kemudian mengulangi kesalahan pada Mac 2025 dengan menyeksa seekor lagi kucing, yang terpaksa dibunuh akibat kecederaannya yang parah.

Tan mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan, dengan tiga lagi pertuduhan dipertimbang semasa hukuman dijatuhkan.

Sabitan terhadap Tan merupakan hukuman paling berat setakat ini bagi kes melibatkan kekejaman terhadap haiwan, menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita