Lelaki dengan pisau pemotong daging didakwa atas serangan ke atas 7 orang di Commonwealth
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dipercayai mendalangi serangan berbilang senjata di Commonwealth Avenue didakwa pada Isnin (5 Feb) atas kecederaan yang dialami oleh salah seorang daripada tujuh individu yang dikatakan menjadi mangsanya.
Joseph Lau Jin Hua, 20, didakwa di pejabat pendaftaran mahkamah jenayah, yang tidak dibuka kepada orang ramai mahupun pihak media.
Ini biasanya berlaku apabila tertuduh berada di hospital.
Lau dikenakan satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang individu bernama Thurairaj Dharshana Kumar, dengan mengelar lengannya menggunakan "pisau pemotong daging".
Kejadian itu berlaku pada sekitar 7.05 malam pada Sabtu di lobi lif Blok 31, Margaret Drive, menurut kertas mahkamah.
Atas sebab itu, mangsa mengalami kesan luka pada lengannya.
Lau, seorang rakyat Singapura, ditahan di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi dan akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 19 Feb.
Menurut kenyataan polis sebelum ini, Lau dipercayai menyerang tujuh individu dengan pisau, pisau pemotong daging dan tangannya sendiri.
Mangsa-mangsa berkenaan termasuk seorang lelaki lanjut usia berusia 76 tahun dan seorang budak perempuan berusia enam tahun, yang mengalami kecederaan ringan.
Lau bertindak seorang diri dan tiada sebarang petanda yang mencadangkan insiden itu adalah satu tindakan keganasan, jelas polis.
Lau ditahan oleh lima orang awam sehingga polis tiba dan menangkapnya di 1 Dundee Road di kondominium Queens Peak, iaitu sekitar 400 meter dari lokasi di mana Lau dilihat memegang pisau pemotong daging dan sedang berlari.
Lau tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, dedah polis.
Jika sabit kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau diberi mana-mana gabungan hukuman itu.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.