Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dalam video tular cuba buka pintu MRT didakwa ganggu ketenteraman awam

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dalam video tular cuba buka pintu MRT didakwa ganggu ketenteraman awam

(Gambar: Facebook/Yazid Jaffar)

SINGAPURA: Seorang lelaki dalam video tular, yang menunjukkannya mencuba buka pintu gerabak kereta api bergerak, didakwa mengganggu ketenteraman awam pada Khamis (7 Dis) atas insiden tersebut.

Vanessa Wang Zi Qi, yang disenaraikan dalam kertas tuduhan sebagai seorang lelaki warga Singapura 47 tahun, dikenakan tiga tuduhan, termasuk dua tuduhan menganggu ketenteraman awam dan satu tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Wang dituduh menyebabkan "gangguan awam" terhadap penumpang dalam kereta api di Stesen MRT Braddel pada 27 November, dengan mencuba membuka pintu gerabak kereta api.

Dia juga dituduh melakukan perkara yang sama dua hari kemudian, dengan menjerit dan cuba membuka pintu gerabak kereta api di Stesen MRT Ang Mo Kio pada 29 November.

Menurut kertas tuduhan, Wang didakwa menendang seorang penumpang lelaki di Stesen MRT Ang Mo Kio pada hari yang sama.

Pengendali pengangkutan SMRT menyatakan minggu lalu bahawa ia sedang membantu polis dengan siasatan atas insiden yang berlaku pada 29 November.
Wang ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan perubatan dan akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 21 Disember.

Jika didapati bersalah atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela adalah penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan