Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dakwa dirinya peguam bagi Benjamin Glynn dinilai waras oleh IMH untuk buat rayuan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dakwa dirinya peguam bagi Benjamin Glynn dinilai waras oleh IMH untuk buat rayuan

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dirujukkan ke Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani penilaian selepas hakim mendapati buktinya "tidak jelas dan mengelirukan" didapati cukup waras untuk membuat rayuan.

Kes Abdul Rashid Abdul Rahman, 57 tahun, didengar di mahkamah pada Khamis (27 Okt).

Ia ditangguhkan bagi persidangan sebelum perbicaraan pada November, dengan tarikh perbicaraan baru.

Abdul Rashid berdepan dua tuduhan melanggar peraturan COVID-19 kerana gagal memakai pelitup di dalam dan luar Mahkamah Negara pada 2 Julai 2021 dan di East Coast Lagoon Food Village pada 19 Mac tahun lalu.

Dia pertama kali hadir di mahkamah bersama Benjamin Glynn, warga Britain yang enggan menggunakan pelitup, dan mendakwa dirinya sebagai peguam lelaki tersebut.

Namun, dakwaan Abdul Rashid itu ditolak mahkamah kerana pakaiannya yang tidak sesuai.
Abdul Rashid kemudian didakwa atas kesalahan berkaitan pelitup dan dibicarakan.

Pada hari pertama perbicaraan awal bulan ini, dia mewakili dirinya sendiri.

Dia mengadu menghidap masalah jantung dan berkata pihak berkuasa yang menyiasatnya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana dia adalah "warganegara privet dan berdaulat".

Kurang setengah jam kemudian, hakim menghentikan prosiding dan berkata beliau mendapati amat sukar untuk memahami keterangan Abdul Rashid.

Hakim kemudian mengarah Abdul Rashid untuk direman dua minggu di IMH bagi penilaian psikiatri.

Jika disabit kesalahan gagal memakai pelitup apabila diperlukan berbuat demikian, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan