Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dakwa anak kononnya 'disambar' orang tidak dikenali disiasat kerana berbohong kepada polis

Seorang lelaki berusia 61 tahun yang mendakwa seseorang tidak dikenali "menyambar" anak lelakinya sedang disiasat kerana didakwa memberikan keterangan palsu kepada seorang pegawai polis, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (11 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dakwa anak kononnya 'disambar' orang tidak dikenali disiasat kerana berbohong kepada polis

Para pegawai polis membuat rondaan di sebuah pusat beli-belah di Singapura. (Gambar fail: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 11 Jul 2021 03:19PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 03:22PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang mendakwa seseorang tidak dikenali "menyambar" anak lelakinya sedang disiasat kerana didakwa memberikan keterangan palsu kepada seorang pegawai polis, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (11 Jul).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kes itu pada sekitar 12.40 tengah malam Sabtu. Lelaki berkenaan mendakwa seseorang yang tidak dikenali "menyambar anak lelakinya daripadanya di Punggol Walk dan meninggalkan tempat itu menaiki sebuah kereta".

Namun, menurut polis, siasatan yang dijalankan mengesan beberapa percanggahan antara keterangan lelaki itu dengan maklumat daripada para saksi mengenai insiden tersebut.

Anak lelaki pengadu dan individu yang dituduh itu saling mengenali satu sama lain, menurut polis. Anak lelaki itu juga dipercayai memasuki kereta berkenaan dengan rela hati.

Siasatan terhadap lelaki berkenaan sedang dijalankan.

"Polis mengingatkan orang ramai bahawa sumber-sumber polis boleh dikerahkan untuk kegunaan lebih baik dalam menangani jenayah dan kecemasan sebenar daripada menyiasat aduan palsu atau maklumat palsu.

"Mereka yang membuat aduan palsu atau memberikan keterangan palsu akan menanggung padahnya mengikut undang-undang."

Individu yang didapati bersalah kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan