Skip to main content

Singapura

Lelaki curi S$120,000 dari tukang emas dalam penerbangan SIA dipenjara

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang mencuri wang tunai berjumlah S$120,000 daripada seorang tukang emas semasa dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun pada Jumaat (21 Jun).

Peng Hui, seorang warga China 54 tahun, memberitahu mahkamah apabila didakwa bahawa dia tidak bersalah, namun akhirnya mengaku bersalah atas empat tuduhan.

Empat tuduhan lain dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
APA YANG DILAKUKAN PENG

Apabila Peng tiba di Lapangan Terbang Changi, dia memiliki wang tunai berjumlah S$124,473 dalam pelbagai denominasi, termasuk wang yang dicurinya.

Dia mengambil keputusan untuk menukar wang tersebut kepada dolar Singapura, dan daripada pengalamannya, Peng tahu bahawa kasino akan menukar mata wang asing kepada cip kasino.

Peng pergi ke kasino di Marina Bay Sands, di mana dia menukar AS$30,000 (S$41,000) kepada cip kasino dan menggunakan sebahagian daripadanya untuk berjudi.

Dia kemudian mendapatkan wang tunai S$42,400 daripada cip yang dimenanginya.

Peng juga pergi ke kedai kiriman wang di People’s Park Complex, di mana dia membuat dua pesanan untuk memindahkan wang sebanyak S$19,000 kepada isterinya di China.

Syarikat tersebut tidak dapat menerima arahan pemindahan wang daripada Peng kerana di tidak mempunyai permit kerja. Peng kemudian pergi ke cawangan yang lain di mana dia memindahkan kira-kira S$9,500 kepada abangnya di China.

Namun, wang tersebut tidak dipindahkan kerana polis sudah menghalang percubaannya.

Peng diberkas pada keesokan pagi berikutan siasatan polis yang melibatkan pemeriksaan rakaman kamera keselamatan dan operasi serbuan.

Kira-kira S$37,900 daripada syarikat kiriman wang itu, wang tunai bernilai S$66,761 daripada Peng serta HKD$69,000 (S$12,000) dapat dikembalikan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita