Lelaki curi pakaian dalam wanita dijel 9 bulan; juga curi e-skuter
Ketika Muhammad Iqbal Mohamed Rafe memecah masuk sebuah flat untuk mencuri coli dan dua set seluar dalam, dia terdengar bunyi seseorang pulang ke rumah lalu bersembunyi dalam tandas di dapur.
Gambar hiasan seseorang digari.
SINGAPURA: Ketika Muhammad Iqbal Mohamed Rafe memecah masuk sebuah flat untuk mencuri coli dan dua set seluar dalam, dia terdengar bunyi seseorang pulang ke rumah lalu bersembunyi dalam tandas di dapur.
Iqbal kemudian mendakwa bahawa seorang wanita telah mengizinkannya masuk ke flat tersebut dan menggunakan tandas.
Lelaki berusia 35 tahun itu dihukum penjara sembilan bulan pada Isnin (11 Mei) setelah mengaku bersalah atas tiga tuduhan: pecah masuk rumah, ceroboh rumah dengan niat mencuri dan mencuri.
Seorang ahli psikiatri forensik dari Institut Kesihatan Mental (IMH) berkata dalam laporannya dalam laporannya bahawa Iqbal mempunyai "gangguan psikologi" terkait dengan nafsu seks yang mana dia mengalami keghairahan seksual berulang dari menggunakan pakaian dalam wanita.
Selain itu, dia tidak mempunyai gangguan mental yang lain dan sedar ketika melakukan kesalahannya, kata ahli psikiatri itu.
Mahkamah diberitahu bahawa Iqbal mula terlibat dalam kesalahan tersebut pada 6 April 2018, ketika dia mencuri skuter elektrik bernilai S$741 yang tidak dikunci dekat pintu masuk sebuah flat. Dia mencuri sebuah lagi e-skuter pada akhir bulan yang sama.
Dari 6 Jan 2018 hingga 19 Februari tahun lalu, dia mencuri sebanyak 11 coli dan dua set seluar dalam tiga kejadian berasingan. Beberapa darinya kemudian dijumpai di rumahnya.
Dia membuat pembelaan sendiri di mahkamah dengan mengatakan bahwa dia "sangat menyesali" perbuatannya dan meminta hukuman lebih ringan.
Menurutnya semasa ditahan reman di IMH, dia memberitahu doktor bahawa dia akan mendapatkan bantuan dari keluarganya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.