Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki cuba seludup 200kg produk makanan ke S'pura guna trak berdaftar Thailand

Seorang lelaki berusia 37 tahun didenda S$22,000 pada Rabu (19 Feb) setelah dia didapati membawa lebih 200kg produk makanan di dalam traknya yang berdaftar di Thailand di Pusat Pemeriksaan Tuas minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cuba seludup 200kg produk makanan ke S'pura guna trak berdaftar Thailand

Para pegawai ICA menemui 213 kilogram produk seperti telur, daging dan makanan laut yang diimport secara haram. (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 19 Feb 2020 08:02PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 08:08PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun didenda S$22,000 pada Rabu (19 Feb) setelah dia didapati membawa lebih 200kg produk makanan di dalam traknya yang berdaftar di Thailand di Pusat Pemeriksaan Tuas minggu lalu.

Warga Thailand itu, Pukma Suwat, yang memandu trak tersebut, ditahan untuk menjalani pemeriksaan oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 10 Feb.

Para pegawai ICA menemui 213 kilogram produk seperti telur, daging dan makanan laut yang diimport secara haram di dalam kenderaan itu. Kes tersebut dirujuk kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi siasatan lanjut.

Menurut ICA dan SFA, produk makanan yang diimport secara haram adalah dari sumber yang tidak diketahui dan menimbulkan risiko keselamatan makanan.

Sesiapa yang didapati membawa masuk produk-produk daging terlarang daripada sumber-sumber yang tidak diluluskan boleh didenda sehingga S$50,000 dan/atau dipenjara sehingga dua tahun.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$100,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan