Skip to main content

Singapura

Lelaki cuba langgar pegawai polis dengan keretanya di Yishun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun cuba melanggar seorang pegawai polis dengan keretanya selepas tidak mematuhi arahan pegawai tersebut supaya keluar daripada keretanya di tempat meletak kereta di Yishun pada Rabu (9 Feb). 

Salah seorang pegawai polis berjaya berundur ke belakang untuk mengelak dilanggar dan suspek kemudian memecut dari tempat kejadian, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (10 Feb). 

Lelaki itu ditangkap lewat hari itu apabila dia dilihat di Ang Mo Kio Ave 3. 

Kejadian itu berlaku selepas lelaki tersebut dikenal pasti sebagai seorang suspek berhubung kait satu kes penipuan. 

Polis menerima aduan pada Selasa (8 Feb) daripada seorang mangsa berusia 28 tahun yang membuat catatan online untuk menjual jam tangan mewahnya pada harga S$35,000. 

Lelaki tersebut membalas catatan mangsa dan mereka bertemu di Sengkang Square. 

Selepas memeriksa jam tangan mangsa, lelaki tersebut memutuskan untuk tidak membeli jam tangan itu dan memulangkan jam tangan yang serupa kepada mangsa, menurut polis. 

Apabila tiba di rumah, mangsa meyedari bahawa lelaki itu memulangkan jam tangan yang berbeza, menurut polis. Jam tangan itu mempunyai siri nombor yang berbeza dan dipercayai palsu. 

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok (11 Feb) atas kesalahan menipu. 

Lelaki itu juga akan disiasat bagi kesalahan bertindak secara melulu dan memandu walaupun tidak dibenarkan. 

Jika didapati bersalah menipu, lelaki itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

Jika didapati bersalah bertindak secara melulu, lelaki itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500 atau kedua-duanya sekali. 

Kesalahan memandu walaupun tidak dibenarkan, membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita