Lelaki cuba buka pintu MRT secara paksa 'mungkin' berdepan tuduhan lanjut
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Yazid Jaffar/Facebook
SINGAPURA: Lelaki dalam video tular yang cuba membuka pintu gerabak kereta api MRT secara paksa dihadapkan semula ke mahkamah selepas dia ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemeriksaan perubatan.
Pada Khamis (20 Dis), Vanessa Wang Zi Qi, 47 tahun, dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dua tuduhan gangguan awam dan satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Tertuduh dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai seorang lelaki.
Menurut kertas pertuduhan, Wang mencetuskan kemarahan para penumpang kereta api di Stesen MRT Braddell pada 27 Nov apabila dia cuba membuka pintu kereta api tersebut.
Dua hari kemudian, pada 29 Nov, Wang dipercayai mencetuskan kemarahan sekali lagi dengan menjerit dan membuka pintu kereta api di Stesen MRT Ang Mo Kio.
Dia juga dipercayai menyebabkan kecederaan pada seorang lelaki dengan menendang lelaki tersebut di stesen MRT yang sama.
Semasa perbicaraan pada Khamis, pihak pendakwa menyatakan bahawa laporan IMH sudahpun difailkan tetapi mereka belum bersedia untuk menawarkan sebarang rayuan kerana Wang mungkin menghadapi lebih banyak tuduhan kerana melakukan gangguan awam.
Oleh itu, pihak pendakwa mengusulkan penangguhan dan menawarkan ikat jamin S$10,000 dengan syarat termasuk tidak melakukan sebarang kesalahan dan temu janji perubatan susulan, jika perlu.
Hakim Daerah Wong Li Tein juga bertanya sama ada Wang merancang untuk mengemukakan rayuan pada masa ini tetapi peguam belanya Jared Lee berkata tiada permintaan sedemikian daripada anak guamnya.
Wang akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 3 Jan 2024.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.